Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

in love with 'Freedom'

"I'm really really fall in love with Freedom!" Khai berkata sendirian. "Yes definitely!" sampuk Mil. Khai tersengih. Sejak akhir-akhir ini, Freedom sentiasa berada di fikirannya setiap kali dia ingin pergi ke kelas. haha.. Freedom ialah nama kedai buku yang berhampiran dengan Kampus Bandar yutihesyem. Singgah ke tempat itu bagaikan rutin harian Khai. Tujuannya? Sekadar berjalan-jalan. Khai sangat suka akan komik dan bau komik. Khai tak sanggup nak membelanjakan duitnya ke arah komik, jadi, sekadar melihat dan berjalan-jalan sudah cukup baginya. Pernah sekali dia membeli lima buah komik sekali gus. Shootz! #1 sehingalah ke Shootz! #5. Semasa baucer buku masih ada, dia tak tahu nak beli apa. Bila dah habis tarikh, dah buka sem baru, tetiba teringin nak komik pula. Itulah Khai. "ada lagi dua jam. Mil, jom. Freedom!" Khai mengangkat kedua-dua belah keningnya berkali-kali. "Tengok komik lagilah tu."...