Skip to main content

in love with 'Freedom'









"I'm really really fall in love with Freedom!" Khai berkata sendirian.



"Yes definitely!" sampuk Mil.





Khai tersengih. Sejak akhir-akhir ini, Freedom sentiasa berada di fikirannya setiap kali dia ingin pergi ke kelas. haha.. Freedom ialah nama kedai buku yang berhampiran dengan Kampus Bandar yutihesyem. Singgah ke tempat itu bagaikan rutin harian Khai.



Tujuannya? Sekadar berjalan-jalan. Khai sangat suka akan komik dan bau komik. Khai tak sanggup nak membelanjakan duitnya ke arah komik, jadi, sekadar melihat dan berjalan-jalan sudah cukup baginya.



Pernah sekali dia membeli lima buah komik sekali gus. Shootz! #1 sehingalah ke Shootz! #5. Semasa baucer buku masih ada, dia tak tahu nak beli apa. Bila dah habis tarikh, dah buka sem baru, tetiba teringin nak komik pula. Itulah Khai.





"ada lagi dua jam. Mil, jom. Freedom!" Khai mengangkat kedua-dua belah keningnya berkali-kali.



"Tengok komik lagilah tu." Ika mencelah.



"taklah!" balas Khai laju. Kemudian dia tersengih. "nak tidur macam Anis tu, tak ngantuk pula. Nak belajar, otak baru je nak rehat. Nak jalan-jalan cuci mata jap." Khai berkata.



"hah! Kau ni tengok komik pun boleh cuci mata ea..." Ika berkata sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia sedang membetulkan posisi untuk baring dan zzzzz...



Mil dan Khai pun pergi ke Freedom.



Setiap hari, setiap minggu, pergi ke Freedom telah menjadi rutin Khai. Semuanya bermula di sem 3. Dengan perangainya yang masih kebudak-budakan, dengan ketinggiannya yang pendek mengalahkan junior first year, dan wajah comelnya yang memang comel. tee hee!



Kesimpulannya, setiap kali ada kelas di Kampus Bandar, Freedom tetap akan disinggah juga. Agak-agak cashier pun dah boleh kenal dengan muka Khai ni.











Apa pendapat orang yang selalu berada di Freedom ni? Suatu hari, "Hoi Si Pendek!" sergah Khairi tetiba. Khai terkejut. Dia memandang ke kiri, kanan, depan, dan belakang sebelum meneruskan perjalanannya.



"Si Pendek, hang pekak ka?" Khairi berdiri di sebelah Khai. Mata Khai membulat. "a-aku ke?" tanya Khai takut-takut.



"ha! hang lah! siapa lagi." jerkah Khairi.



Terkedu Khai dibuatnya. "Kenapa?" tanya Khai selamba. Padahal dalam hati dup dap dup dap.



"hang selalu keluar masuk keluar masuk kedai ni. Tapi tak beli apa-apa pung." Khairi berkata. Khai mengangguk-anggukan kepalanya perlahan-lahan. Ingatkan kena marah sebab disyaki mencuri ke apa ke. Suspen je.





"ada la. Haritu beli kertas graf, liquid paper, pemadam..., komik, komik..., lagi,,, komik!" jawab Khai dengan wajah tak bersalahnya.



"ohh? Bila?" tanya Khairi.



"awal sem haritu. Kbai!" balas Khai lalu terus berjalan keluar dari kedai tersebut. Haihhh.. Ada pula pekerja lelaki yang nak bercakap dengannya.



Tiba-tiba,... "KHAIIII!!" terdengar satu jeritan yang menyebut satu nama.



"Ya!!" Khai yang terkejut terus menyahut panggilan tersebut serentak dengan Khairi.



Khai memandang Khairi. "ohh.. bukan panggil aku ke?" Khai berkata sendirian. Dia pun meneruskan perjalanannya dengan pipi yang merah.









Suatu hari, selepas beberapa hari,... "Si Pendek!" Khai tersentak. Tiba-tiba, kakinya terus melangkah keluar. Rina, Ika, Mil, Hana , Anis, dan Ezzatul berasa pelik apabila Khai tetiba nak keluar dari kedai buku tersebut.



"Khai!!" Panggil Anis. Kemudian dia terpandang Khairi, lelaki yang panggil Khai dengan panggilan 'Si Pendek'. Anis menekup mulutnya lalu mengajak 'anak-anak' nya pergi ke bahagian novel, di bahagian sebelah.



"Ahh.. Si Pendek ni keluar pula.." Khairi menggaru-garu kepalanya.







"hoi Khai!" sergah Rina. Khai terkejut. "ish! baru muncul. Bas dah nak sampai dah ni." Khai berkata.



"Eleh, kau nak lawan dengan budak first year ni? Confirm kau tak dapat naik punya. Si Pendek." usik Anis.



"pfftt.." Mil menekup mulutnya.



"bu-haaa hahaa!" Manakala yang lain dah meledak tawa mereka.





"ok, naik bas 4.30 petang." Khai berkata selamba.



Anis mennyenggol siku Khai. "chiu chiu...~ patutlah suka pergi Freedom."





"huhh? tak ada kena mengenalah." balas Khai. Yakin.



Tiba-tiba Anis memegang kedua-dua belah bahu Khai. "Sob... Sob... Khai, Mama terharu. Mama masih belum bertemu dengan Papa baru, tapi kamu sudah bertemu dengan jodoh kamu. Sob.. Sob!! Khai, Mama terharu!! Srott srett!!"



"Eeee! Mengada! Time ni lah baru nak Mama-Mama." Khai mencebik.



"alah, ni first time pe. Anak-anak yang lain mana ada." Anis mengenyitkan matanya.



"Yeke? Ma, Mil tu dah ada boyfriend kat negeri dia, Rina dah ada crush dengan budak Kimia. Ezzatul ni, senyap-senyap je dah tunang. Ika ni, dah ada calon suami dia dah kat Kelantan! Hana pun. Baru ada boyfriend tanak cakap kat kitorang pun. See! Mama, see!!" Khai menghembuskannya sekali nafas. Masing-masing terkejut.



"WHATTT?!!! oh my daughters!! How could you... sob.. sob.." Anis dah mulakan drama sedih dia.



"Khaiii!!"











"Sorang je ke Khai?" tegus Khairi.



"haah." balas Khai. Kemudian, dia berhenti di hadapan kaunter. Khairi sedang tersengih ke arahnya. "nama kau Khai, kan? Khai apa? Khairul, Khairil, Khairunizam Shamsulzaman?" Tanya Khai.



Meledak ketawa Khairi. "wau!! Panjang!" Khairi berkata. Ketawanya masih berbaki. "nama hang siapa?" tanya Khairi pula.



"Khairiah." jawab Khai. Khairi tergamam.



"Khairi." balas Khairi.



"ohh, ok. bai. Assalammualaikum." Khai berkata lalu terus pergi ke bahagian komik. Manakala Khairi masih lagi terpaku.





"haa.. waalaikumussalam."







| Khairiah kawaii Khairi Yasashi |







"Khai, who love Freedom. Yoroshiku." Khai berkata.



"Khai, who work at Freedom. Hajimemashite." Khairi tersengih.





Khai senyum. Pipi Khairi terus menjadi merah.









tamat ke? belum kot.

haha



cerita ini hanyalah suka-suka je.



ok bai.

sayonara.






Comments

Popular posts from this blog

Iru otoko

now watching Captain Earth. and Maji Love 2000%. too many ikemen, can't remember their name, but like too... XD ... can't wait to tomorrow. Like very very like for this bishounen Teppei. haha—! Arashi Teppei. like his expression, character, and the most important, his sad face. sometimes he looks kawaii. heeee—! I have class tomorrow. bye! ahhhh can't wait to watch Prince of Stride: Alternative episode 9. only a few minutes. just wait Khai! pictures from Captain Earth.

khai's lesson of life

Self taught 🍊Don't smile at everything. Admit your mistake. I was told they hate my dumb smile.  Though, I smiled to reassure myself. Not for them. Not for showing them my silly look. 🍏keep your thoughts in mind. Why bother voicing out my dumb opinion. One word from me can lead to other party's anger.  🥝being hypocrite is fine. Rather than being honest and rebellious. Courtesy in manner is a must.  🍓love your family? Then, treat them kindly! No talkback, no high voice, no indifferent.  Also respect the elders. Respect my parents' families, relatives, and friends.  🍋feeling sour? Recite surah al-falaq repeatedly. I done this during high school. It's effective.  🍎alert on surroundings. Help with what you can unconditionally. Don't ask every single things.  🍇when being praise, just admit shamlessly. "yes", "I know", "right?". Let's be more shamless and hypocrite, "thank you very much!". ^^